Thank you and see you again!

Today is the last day of me working in MRT Corp, after a tenure of 8 years. Words escape me, so I expressed in this poem, one which I read during my farewell luncheon.

___________________________________________________________________

Sorong papan, tarik papan,
buah keranji dalam perahu;
sebelum makan ada ucapan,
sebelum pergi, saya nak bagitahu

Kalau ada sumur di ladang,
boleh saya tumpang mandi;
Kelam kabur mata memandang,
Berat rasanya di dalam hati.

Pisang emas dibawa berlayar,
masak sebiji di atas peti;
Ramai bertanya, terkejar-terkejar,
Faris oi Faris awat nak berhenti

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Gaji padan, bos pon ramah,
Tapi aik! berhenti juga?

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Sudah tergerak untuk sambung belajar,
Terpaksa MRT saya tinggal kan

Tuai padi antara masak,
Besok jangan layu layuan;
Setakat ini saya berborak,
Jumpa lagi di lain laluan

Ein zwei drei, vier bis zehn,
Vielen dank und Aufwiedersehen

A point diverged in a route,
And I, I took the one ATP set 🤣🤣

Similar Posts